salam petang..
baru balik dari kelas motor.. rasa nak demam je ni. harini aku pergi ke pusat latihan Malayan sendiri kat Desa Coalfield. transport tak disediakan pulak untuk kelas motor so kena lah pergi sendiri. aku yang taktau jalan ni mintak la adik laki aku dan kawan dea hantarkan.. aku tak reti sangat area situ. pukul 8.45 dah gerak, boleh pulak sesat..sudahh jenuh la kami cari pusat latihan Malayan tadi, tu si kawan Apit, katanya tahu sangat area situ last2x sesat kan. eh, nak cerita jugak kelas motor tadi, kena marah aku sebab lupa matikan enjin motor. Hehew, segan! semua lelaki pulak tuhh -.- nasib Hidayah datang kelas jugak so aku berkepit jela dengan dea, aku ikut je belakang motor dea sebab ni kali kedua dea datang kelas. aku yg kali pertama ni taktau jalan sangat. Heyy,menyesallah aku tangguh kelas motor sampai 3bulan sebab aku fikirkan leceh,susah nak ingat jalan. rupanya senang je. Sekarang pun aku dah hafal jalan :D so besok malas nak pergi, aku pergi hari Selasa ni jea dgn Dayah utk QTI motor. balik pulak jalan agak sesak, lalu pulak belakang lori pasir, heyy. masuk mata semua habuk,batu pasir tu. tu pasal nak demam ni, dgn migrain lagi.. badan aku selalu macam ni, kalau aku pergi sesuatu tempat yang aku tak pernah pergi then drive laju pula, yelah,jalan besar kn takkan nak drive 40km/j kn.. jadi badan ni macam kena "culture shock" mulalah nak demamnya,migrainnya. Semoga aku dan Dayah lulus QTI selasa ni test JPJ khamis depan depan.. AMIN..
-ISWAH