Assalamualaikum..
Jodoh Syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.
Yang kedua pula ialah Jodoh Jin. Ini berlaku bila mana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.
Manakala Jodoh yang Ketiga pula ditafsirkan sebagai Jodoh Allah iaitu Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta…" -filem Syurga Cinta.
Semua mesti nakkan jodoh yang ketiga kan? Mestilah, semua pasti mahukan jodoh yang datang dari Allah SWT. Setiap orang dah ditetapkan siapa jodoh kita, tak kira sebenci mana kat dea kalau dah itu jodoh kita..dea juga yang bakal bergelar suami kita. Aku juga mahukan seorang lelaki yang mampu mendidik, membimbing aku menjadi isteri yang solehah. Tapi kata kebanyakan orang, lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik.. ada jugak kata tak semestinya. Biar, jodoh ditentukan Allah, aku hanya mampu berdoa agar dikurniakan suami seperti yang aku mahukan. Dah berumur lapan belas ni,aku tak mahu jodoh main2x tapi aku nakkan jodoh yang betul serius dan boleh terus jadi pembimbing aku. Macam mana rupa,tingkah laku bakal pembimbing aku? wallahualam. Biar tak kacak mana, asal aku seorang je yang pandang dea kacak dah cukup. Aku cemburu gila dengan orang yang bercinta lama dengan pasangan memasing. Susah nak cari lelaki yang sangat komitmen dalam bercinta. Macam Syira dengan Faiz dah nak masuk tigaa tahun, Kina dengan Nash dah nak masuk duaa tahun, Dila dengan Boy dah nak masuk empat tahun. Sumpah cemburu weyy Xd Belum tiba jodoh kau lagi wada..sabar. Kata abin, jodoh pertemuan itu semua rahsia Allah, kalau kita dah tahu jadi tak seronok. hmm, betul jugak..jadi aku akan sabar menunggu :) Sebelum ni, mungkin mereka bukan jodoh aku jadi Allah dah tunjukkan awal2x mereka tak sesuai untuk aku. Mungkin betul kata Syira, belum sampai seru kau lagi wada.Bila tiba waktunya kau akan sayang gila kat laki tu.. :) betul, belum sampai seru aku untuk betul2x sayangkan lelaki. Aku bukan jenis yang terus jatuh cinta. Suka pandang pertama tu biasa, nak betul2x sayang dan cinta bagai nak rak belum lagi. Semua orang dah dikurniakan jodoh, tak disini insyAllah disana. :')
-ISWAH