Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupun hujan lebat tadi. Kami kelab keusahawanan adakan fear factor utk semua pelajar dan mendapat sambutan yg amat menggalakkan. the best thing bout sekolah Gading,semua kami 100% handle sendiri, cikgu tak campur tangan. kalau sekolah lama semua cikgu handle. Aku terfikir kenapa aku tak masuk Gading dari awal, banyak berdikari. Dengan tu, hubungan kami amat rapat untuk dua kelas.. Susah nak rapat dgn 6B3 *kelas akaun la katakan -.- serius nak mampus. Mungkin kelas B1 and B2 less pressure kami masih boleh have fun. Geli hati sangat tengok gelagat budak2x perdana main.. tingkatan 6 pun masuk sebagai tanda sokongan atas aktiviti kami. Aku ditugaskan Zurin jaga stesen 1 *belut puaka* aku punya excited ingat betul guna belut..tapi tukar dengan keli sebab stok belut tade -.-' semua budak menjerit2x takut..even classmate aku pun mcm nak nangis sebab takut. stesen lain pun tak kurang gempak sampai budak termuntah.. suasana hujan lagi bertambah riuh bila budak2x tumpang berteduh di stesen kami. Habis je ape lagi,aku cari geng aku tanya dorang kena buat apa. Ada yg pegang cacing, minum sos tomato,makan cili api.. bagi aku tu biasalah *cehh,sebab bukan aku yg kena kn? Sebelum balik, kami tangkap gambar sebagai kenangan hari keusahawanan. bermacam aksi dari robot ke seksi ke lompat dsb cuma tak dapat nak share gambar lah, semua masih pada Kemi dan Nina. Keseluruhannya, satu pengalaman yg seronok sebab aku tak pernah seaktif ni kat sekolah lama.
-ISWAH
