Friday, October 5, 2012

exam week!.

Assalamualaikum..

   Trial STPM dah tammat. Alhamdulillah. Semua paper aku dapat jawab dengan tenang. tapi tenang yang bermaksud senang tu tidak lah :) hehew.. susah susah. Sekarang, hanya menunggu paper untuk kembali ke tangan dan dibebel cikgu -.-' Thats the fun thing bout still in high school. Yeah, fun lah sangat. Aku letakkan harapan yang tinggi pada paper Pengajian Am kali ni sebab aku habiskan cuti dua hari untuk baca subjek tu je, taktahu kenapa, semangat sangat. Aku bukak buku lain semua tak mahu masuk, sayang sangat pada Puan Rahmah wada ni :D Haha. First day, kelas kami ada paper Muet reading dan Peng.Am. Second day, Muet Writing dan Geografi.. kejang tangan lama sangat tak tulis esei,and geografi, dapat2x kertas aku tak tahu nak jawab apa, then aku berdoa dan berdoa, Alhamdulillah, idea turun sedikit demi sedikit tapi tak pasti idea yang turun tu betul pada mata Puan Sal. Third day, Muet Listening dan b.Melayu.. hari ketiga ni memang panas hati, entah apa yang tak kena dengan sistem radio kat sekolah tu, kelas kami terpaksa buat Listening lepas habis subjek b.Melayu, pukul 12.30 sampai pukul 1.. ok fine, Listening memang tak lama tetapi mengganggu aku nak jawab paper b.Melayu! Teacher sibuk suruh cepat-cepat,habis hancur esei bM aku nasib sempat buat kesimpulan, kalau tak naya jea esei tujuh perenggan kat atas tu. Act, tengok soalan bM je aku dah takda mood sebab soalan dea tulisan macam -.- faham la kan? susah aku nak jawab fonologi sebab fonologi kan ada simbol-simbolnya. Last day, paper ekonomi.. ho, dapat je paper aku belek-belek paper tu dulu, then tidur.. Sesungguhnya ekonomi memang aku pasrah. Tak mungkin aku nak jawab tang keluk TR,TC,MC semua tu. Tapi ada juga yg dijawab macam soalan masalah asas ekonomi,itu pun sebab ada basic boleh la jawab kan? Sepanjang minggu exam ni aku tak cuak mana, rasa tenang.. tak macam waktu trial SPM dulu. gabra sangat. Dan petang semalam juga, habis paper.. aku,kemi,fadila memang orang kata melepak sungguh. Di rumah Fadila je sebab Kemi kata nak masakkan spaghetti carbonara untuk aku. Balik sekolah semua kedai kami singgah nak beli barang, hanya dapat cari mushroom jea, carbonara takda :'( terpaksa la kami pakai sos prego je.. Tapi, kemi memang pandai masak, jadi takde spaghetti carbonara pun tak apa. Memang kenyang. Aku pun ambil kesempatan juga belajar masak spaghetti yang betul dengan dea. Serius aku cakap, dea dah boleh kahwin.. apa yang takbole dibuatnya? kemas rumah boleh,masak boleh,drive boleh.. Beruntung Umar kan kemii? Haha. Tak sesia aku asyik nganjing kau dengan Umar, akhirnya menjadi. :D

   Aku yang sulung antara korang, biar aku bertunang / nikah dulu.. Hehew >.<'

-ISWAH