Isnin ni bermula lah igauan bagi aku, dan bagi semua pelajar tingkatan enam di Semenanjung Malaysia. Sekejap sangat rasanya, bila teringat macam baru semalam aku pijak kaki ke Gading, tahu tahu lusa dah exam. Masa betul cepat berlalu. Walaupun subjek yang diambil tak banyak tappii.. banyak konsep yg perlu dihafal. Sesungguhnya aku memang tak bersedia.. kalau boleh nak putarkan balik masa. Tanyalah pada sesiapa budak STP pun mereka akan jawab mereka tak ready 100% lagi. Ahh, aku perlu menghadapi tigaa STP, besar tekanan tu padahal akak abang senior tu merasa sekali je STP. Aku dah bosan merasa masuk dewan peperiksaan. Bila teringatkan waktu ambil SPM tu pun dah cukup. Tapi, sistem baru memang banyak membantu la kan.
Ape pun, dear my readers.. doakan kejayaan aku dan kawan kawan yang lain. Semoga Allah pemudahkan semua perjalanan semasa nak ambil exam ni. Mintaknya dijauhkan segala musibah sewaktu minggu peperiksaan. Juga, kepada readers kita yang jugak mengambil STP, goodluck guys. Walaupun kita tak berkenalan rapat tapi aku tahu macam mana gugupnya. so, GOODLUCK :) Doa, Usaha, Ikhtiar, dan Tawakal. Buat atas usaha kita sendiri insyAllah dipermudahkan segala.
![]() |
| geng gila.. fadila,kamilia,syahira,shikin,amalina :') bersama kami menempuh kejayaan.. |
Gambare wada :) empat paper untuk empat hari and thats it. Cuti la kau sepuasnya sehinggalah kau tiba ke sem dua. Kawan diatas mengajar aku banyak perkara. Terima kasih sayangs :') Aku hargai persahabatan kita dan harap dua sem selepas ni kita akan tetap melekat macam belangkas enam kepala :D Untuk warga 6B2, kelas yang dulu bagi aku kelas yang sangat asing tapi sekarang tidak lagi. aku dah anggap kita satu family. Kelas ni memberikan aku classmates yang gila dan tidak membosankan seperti kelas kelas aku yg dulu. Dear classmates, Gambatte! Jawablah dengan usaha sendiri. Jom kita buatkan Mama Ayu bangga dengan kita. Harapnya aku tak tersangkut pada mana mana pengawas peperiksaan seperti mana waktu SPM dulu.. -.-' HAHA
-ISWAH
