Saturday, November 24, 2012
Wujudkah dia untukku?
Ya Allah, adakah jodoh untuk ku? Walaupun seseorang insan itu telah dijanji dikurniakan jodoh, aku berharap aku tidak dikurniakan seorang. Maaf :'( aku kecewa.. Bukan aku dipermainkan, disakitkan lagi tapi aku melihat dan bercakap daripada pengalaman dan orang disekelilingku. Maybe tak patut aku mintak yang mengarut ni tapi aku memang berharap, TAK.. hari hari aku berdoa pada Allah semoga Dia tutupkan pintu hati aku pada insan yang bernama lelaki. Bercakap dari pengalaman, terluka sekali ni pun dah cukup, walaupun tak sakit, tak terasa sangat.. tapi aku terfikir, susah lagi nak mencari lelaki yang bercinta ikhlas kerana Allah. Cukup sekali aku terleka..tangan yg aku jaga selama ni, tak pernah menyentuh lelaki mana pun.. tewas dengan godaan syaitan. Kami bersalam.. Walaupun aku sentuh tangan/salam tangan dea hanya sekali tapi aku rasa tangan ni dah macam bukan kepunyaan aku. Kenapa aku bersalam dengan dea?!.Ampunkan aku Ya Allah.. Melihat dari aspek orang sekeliling, aku sendiri pun merasa dengan keluarga yg aku berlindung sekarang. Dari mata aku sendiri, aku lihat betapa susahnya menahan segala perasaan. Jiran aku jugak merasakan perkara yg sama cuma keluarga aku masih bernasib baik. Dari situ aku terfikir.. WUJUD lagi insan yang boleh meletakkan 100% kasih sayangnya pada isteri dan keluarganya walau betapa besar pun dugaan kat luar sana? Dengan kawan pun macam tu jugak. Mendengar kisah mereka dengan pasangan masing masing. Perasaan kecewa semua diluahkan. Walaupun bercinta dah lama tapi masih tak dapat capai kata sepakat. Akhirnya, dilukai.. ditinggalkan.. Teringat pada petang minggu lepas, one of my best best friends ada masalah dan dea ceritakan masalah dea dgn pasangan dea tu pada aku. Berjumpa di rumah kawan lagi satu dan masa nak hantar bbf ni balik tetiba atas jalan raya tu aku rasa penuh dengan lelaki. Sampaikan aku rasa jijik pandang mereka :// Sampailah sekarang, setiap lelaki yg aku pandang tu terasa jijik di mata ni. Benci sangat pun tak elok kn.. tappi, aku memang berharap Allah tutup pintu hati aku pada mana mana lelaki sekarang kecuali,kecuali.. andai suatu hari nanti jodoh aku dah tiba. Bila dah sampai seru orang kata.
-ISWAH