Saturday, January 19, 2013

besties :')


Dear Korang,

   Aku terharu sangat-sangat ni. :') Aku betul sayang korang ni. Aku harap hubungan persahabatan kita kekal terjalin walaupun habis pra universitit ni. Aku tahu korang akan baca post ni nanti. Nak cerita depan depan aku malu. Jadi aku tunggu sampai korang baca post ni sendiri. :)

                  Kemi, Hashiraa *haha,sorry Syira* dan Cikin.

  Korang tahu kan masalah aku sekarang? Susah nak fokus dalam kelas, sometime mood aku elok dan boleh bergelak dengan korang sometime tak. Semua sebab masalah mata aku kn? Aku serba salah sebenarnya bila cikgu buat lawak,korang gelak aku tak gelak. Kemi, kau mesti tanya "wada, kau dengar tak? asal kau tak gelak?" Aku dengar tapi memang aku tak boleh gelak. Cikin pun, kalau aku mengeluh sikit je "noona,gwaenchana?" His, aku terasa nk menangis update post ni sebab aku terharu dengan apa yang korang buat untuk aku, walaupun tak banyak atau korang tak perasan..aku happy sebab tak pernah aku dilayan macam tu sebenarnya.

  Kemi, pagi Isnin tu aku mengadu kat kau tentang aku nak demam,rasa nak kena beguk kn? Petang tu masa latihan rumah sukan kau bawakkan aku ubat demam dan antibiotik yg bersaiz gajah tu. Time tu jugak aku telan ubat tu sebab cuaca terik gila petang tu. Then, kau text aku ajak lepas bawah pokok sebab kau tahu aku takda kawan dalam Rumah Biru tu. Petang tu jugak aku kena migrain yg teramat gila sakit, mata aku berair.. kau tanya aku "oke tak wada?" aku just peluk tangan kau dan letakkan muka aku kat bahu kau. Mungkin kau tak perasan, mana taknya kau sembang dengan Bunga taik ayam tu/Nina. Rabu pulak perjumpaan BBSM dengan KRS..tu pun aku berkepit dengan kau. Khamis, masa turun rehat mata aku silau kn jadi aku tutup bahagian mata aku, kau pun buat jugak macam tu. Aww, kau tutup mata aku dengan tangan kau then waktu petang kita jaga budak bawah,tu pun berkepit dengan kau kejap. Jumaat kita cat kelas, kita pergi kelas sebelah buat kerja kita sambil kutuk sana sini. HAHA. Dalam kelas pun kau caring dengan aku bila kepala aku mula sakit.

  Hashira~ suci dan murni.. Haha,sorry Syira. okelaa tu kn Hashira? sedap jugak nama glamour yg Pn.Azura bg kau dari aku Wahid -.- errr. Aku akan ingat kau Syira :) kau lah kawan rapat pertama yg tak wish birthday aku. Haha..wish pun lambat kn? sangat lambat. Jadi kau lah kenangan terindah utk 2013 ni. Aku sayang kau NorShahira Hashim! Dalam kelas kau caring dengan aku, tanya "kau oke tak wada?" bagi aku tiru graf Am kau sikit sikit. Yang buat aku tersentuh masa waktu Geografi tadi, mata aku sakit sangat kn sebab silau. tambahan pulak,si Cikin pergi tandas dibukaknya pintu belakang sebesar alam. Time tu aku dah guna teropong tangan nak tengok slideshow kat depan, mood aku pun tak berapa nak elok.. Kau dengan Kemi tanya "kau oke tak wada?" *ayat ni jela korang selalu tanya aku* bila aku kata mata aku sakit sebab silau kau terpandang pintu belakang yg terbukak besarrr tu. Kau bangun then kau tutupkan pintu tu. Kau kunci lagi pintu tu kn? Time tu aku terharu, rasa nak nangis dahh, tapi aku buat tak kesah dan pandang depan sebab kepala aku dah berdenyut gilaa. Lepas cat kelas, beria kau pujuk aku sebab tak dapat makan sizzling kat TheStore.

  Cikin kpop, si terlebih gula ni.. Excited memanjang. Kekadang aku serba salah bila dea tegur aku excitedly waktu pagi tapi aku balas macam whatever je. Haha, kpop!mianhee. Aku dah tak se-excited macam dulu lagi waktu pagi sebab mata ni. Kita bawak motor pergi sekolah, bila dah atas jalan tu kena la laju sikit kn kalau tak kereta belakang hon pulak jadi effect dea lepas naik motor tula. Mata aku mesti merah dan berair. Dea rajin lah tanya aku okayy ke tidak bila dengar aku mengeluh, tepuk aku bila aku mengantuk, urut tengok aku bila aku mengantuk. Memanjang je dea dengan Oppa Acap dea tu tapi kisah aku dengan crush aku pun dea sibuk juga nak tahu katanya nak tolong satukan lah. Ahh, takpayah la. Ada jodoh nti menjadilah, takda jodoh..annyeongg~

Korang, tunggu untuk tiga minggu je.. Lepas tiga minggu ni insyAllah aku jadi macam biasa balik. Gelak balik happy balik malah lebih excited dari korang manatau kn? haha. Dah baca ni jangan nganjing aku kat sekolah pulak. Sebab aku taknak cerita depan depan nti korang bahan aku >.< Hee.


-ISWAH-