Lama dah tak meng-hapdate belog, aku fikirkan belog aku rosak ke ape, rupanya belog aku tak boleh di access melalui GoogleChrome -.- Dipendekkan cerita, pada 22 hingga 24 Feb yg lepas kami pelajar tingkatan enam mengadakan perkhemahan ke Kem Lubuk Manggis
Aku memang bersemangat nak pergi, almaklumlah lama dah tak bercamping ni kan. Aktiviti yg menarik perhatian aku adalah penyembelihan ayam dan masak dalam buluh.
First day on the way ke sana, pakcik dreba bas tu boleh pula sesat. Dimasuknya ke kawasan perkampungan orang asli. Bukan mereka yg batak tengok kami, kami pulak yg batak tengok mereka xD. Sampai je sana lambat terus minum petang.
Oh yaa, kami kat sana dihandle oleh CikMat :D woahh, mule2 aku ingatkan annoying gila ahh pakcik ni. Tapi, aku tak sangka aku akan terlekat pada CikMat. Malam pertama kat sana kami buat Night Walk. Tengah minum malam tu laa Kemi kata CikMat bawa pistol and pisau semua kejadahnya tu. Aku tengok macam awesome gila :'D haha. Nampak macam watak HERO disitu. Dua hari selepas tu aku habiskan dengan usya CikMat je ahh. LOL.
Yg dikatakan pengalaman buruk kat sana bila aku terpatah paip air dorm perempuan. ahaha. satu kem mengadu takde air. Tahu tak betapa malu muka ni bila budak perempuan especially group "prihatin" dok mention nama aku. Well, MEMANG aku SENGAJA patahkan paip tu biar CikMat pandang aku je -.-'
Benda yg aku tak minta pula adalah DEMAM. Aktitviti kedua tu jungle tracking ke apa tah..kami kena panjat bukit yg macam 90darjah tu. pehh, dengan tak bawa airnya. Akhirnya aku dehydration. Muntah2 kat bukit tu. Seksanya bila pening, sedih tak dapat join. Aku pun nak masuk lumpur, berenang macam baby dalam sungai tu. :(
Aktiviti selepas tu adalah aktiviti yg aku nantikan sembelih ayam masak dalam buluh. Team aku susah payah dah buat itu ini, aku cuba paksa badan ni cari kayu kering. Badan aku dah tak seimbang,bila2 masa boleh tumbang. Nasib la ada Athirah yg tolong aku. Teammate yg baik.
![]() |
| tunjuk cara nak pegang dan sembelih ayam. |
![]() |
| ni Kumpulan 7. team aku. Team terbaik pernah aku dapat lol. gatalnya kauuu. |
Habis aktiviti ni aku terus rehat dalam bilik, tak larat sangat. Ayam dah siap pun aku tak turun makan. Fitri teammate sorang lagi caringnya hantarkan ke atas. Malam pula aktiviti kebudayaan, aku memang dah tunggu kat dewan. Yg lain turun makan aku sorang je bertemankan cengkerik duduk bodoh dalam dewan. Sampailah si Azra datang ajak masuk dorm sebab muka aku pucat gila katanya.
Aku baring yg lain dok prepare pakai baju itu ini kat dorm, then Mama Serry..cehh, Mama Serry kau. haha. datang tengok aku, rasa dahi aku. Berapa minit lepas tu aku pun lena tertidur. Ade jugak la terjaga, dengar jugak budak2 dok gelak. Aku ada cuba nak bangun tapi peningnya Nauzubillah.
Last day, aktiviti explorace dgn abang2 dari politeknik manatah. Lupa. hehew. Aku tengok je team aku lari sana sini cari clue cari barang. Rasa macam nak sepak pun ada abang2 tu sebab buli team aku enn. Aku cuba jugak mencari jam casio utk dorang.
Habis je aktiviti disimbah air dibaling telur. Errr. Kelam kabut siap nak balik tu pening gila sebab sesak dalam bilik tu, macam tak cukup oksigen aku. Dengar ucapan penutup lah, beri hadiah lah, makan lagi lah. Aku doakan cepat la balik cepat la sampai sekolah cepat la sampai rumah. Rindu kat ibu tak terkata. Demam ni membuatkan aku lagi rindukan ibu.
Dan akhirnya, HOME SWEET HOME :)
cium peluk ibu semua ahh.


