Saturday, May 25, 2013

my exam week like..

Assalamualaikum.


dewan peperiksaan.. (c) : anis farizan.

 Alhamdulillah, stpm penggal dua sudah pun tamat. Rasa sekejap je tiga hari ambil paper,yelaa..empat subjek je pun wada oi. Syukur Alhamdulillah sangat2 sebab soalan tak susah gila macam penggal satu dulu. Penggal satu dulu memang hancur result,pointer teruk. act,aku tak minta restu dr ayah thats why la..hee bukan aku taknak minta restu dr dea,cuma tak tersedar pulak restu ayah jgk penting. Jadi tahun ni aku minta restu ibu ayah waktu pagi sebelum gerak ke sekolah. Cuma dgn ayah aku text je minta restu..tak berani nak minta depan2. Waktu menjawab tu memang hati lapang, tak gopoh macam penggal satu dulu. Okay, komen utk keempat paper. Peng.Am memang gopoh jgk jawab, dgn esei tentang deflasi, graf komponen, struktur. graf tu memang ambil masa yg lama lah. Geografi soalan yg masuk kebetulan hari sebelumnya Puan Salina bincang kat kelas..cikgu pun terkejut. Paper Bahasa Melayu, agak down sikit aku dgn paper ni..aku cemas agaknya jd aku dah silap jawab. antara keempat paper ni yg aku paling risaukan BM lah..moga aku lulus dapat B lah, takyah lagi nak repeat paper. Mak-ekonomi, alhamdulillah.. tersenyum aku jwb bahagian esei. Apa yg aku hafal itulah yg masuk. Struktur dan kuantitatif agak susah sikit tapi aku jawab penuh :) tak tinggalkan. Bandingkan kertas jawapan penggal satu dgn penggal dua ni, memang BANYAK beza. Pemeriksa pun memang muka baik, sporting la. Takda masalah sepanjang mereka jaga kami. Berbanding dgn sekolah lain,bnyak juga aku baca complaint kata pemeriksa dorg tak sediakan kertas graf la.. ohya, masa aku jwb paper Geografi dan Mak-ekonomi, ada dua cikgu ni berjalan kat keliling kami tengok kertas jawapan. Lepas keluar dewan baru tahu tu cikgu Geo dn Mak-eko. Fuhh, aku tengok muka mereka lepas pandang kertas jawapan aku.. senyum. Aku harapkn...senyuman mereka tu satu berita baik buat aku. Aku harap keputusan aku meningkatlah,at least berbaloi aku bersengkang mata baca buku. Dah dah.. penggal dua sudah pun tamat. tinggal satu penggal je lagi. Seriously, sedih pulak rasa hati dah nak graduate ni :( nampaknya aku sayangkn tingkatan enam. Satu pengalaman yg berbaloi lah,entah kenapa orang kata tingkatan enam tak best. Walaupun aku sayangkan SMKBBSB sebab dah mengajar aku selama lima tahun, tapi pengalaman setahun setengah yg aku rasa SMKBG ni memang berlainan dr sekolah lama. Alhamdulillah, Allah izinkan aku merasa nikmatnya bersekolah yg aku tak pernah rasa sepanjang lima belas tahun bersekolah..yeah,aku mula sekolah dr umur empat tahun Tingkatan enam kira penamat yg bagus utk aku tinggalkn sekolah. come on wada.one sem to goo~! :'D