Assalamualaikum
 |
| Cik Sal kami :') |
Cik Sal kami ikut lawatan Herbalife dea ke Bangkok. Pada suatu petang seperti biasa aku tengah online twitter, tengok jdrama..ibu terus terjah masuk bilik terus ditunjuknya kertas lawatan ke Bangkok tu kat aku. "wadah,tengok ni..ibu nak pergi Bangkok". Masa tu aku senyum dan tanya la mcm2. Langsung tak terlintas kat fikiran yg ibu betul2 nak pergi. Ingatkan sekadar hangat2 tahi ayam gitu, tapi ibu mintak izin ayah waktu malamnya lepas makan malam. "Dengan siapa? blablabla..pergilah" aku dah mcm 'Kenapa ayah kasi?!' haha. Bangkok. Sendiri. Tanpa kami. Aku mcm boleh ke ibu. Selasa minggu depannya ayah teman ibu pergi buat passport. Aku sekali lg mcm 'ehhhh..betul ke nak pergi ni??' Ibu sekarang memang sibuk dgn aktiviti anjuran Herbalife tu..petang lepas balik kerja pergi lagi ke perjumpaan2 dengan Kak Wendy. Aku sebenarnya tak kisah ibu dah bersosial skrg, semenjak dah 'ringan' ni memang suka lah nak berjalan. Lawatan ke Bangkok sebab ada aktiviti anjuran Herbalife secara besar-besaran kat sana. Kak Wendy pun ajaklah ibu, nak menimba pengalaman. Ibu pergi utk lima hari je, kami memang tak pernah ditinggalkan ibu lelama mcm ni, maksud aku mcm pergi sesorg lah. Petang rabu tu, agak kelam kabut la sebab baju tempahan ibu nak pergi tak siap lg, jd pergi airport lambat sikit. Dengan nak jemput kawannya lagi. Tapi, Alhamdulillah.. sempat siap tempahan tu, dalam pukul 5 ibu pergi. Masa aku salam cium ibu, ibu langsung tak pandang mata aku, sedih agaknya..nampak mata dea dah agak nak berair. Lepas ibu cium pipi aku dan toleh, aku terus menangis. Sebelum nak naik flight ibu ada call sekali, nak sampaikan pesan terakhir kot which is jaga adik leklok *selalu diulangnya* tapi aku tak dengar jadi terlepas nak dengar suara ibu lg. Pagi Khamis nak pergi sekolah, 5 alarm aku pasang..takut tak sedar pergi sekolah, bangun je bukak pintu bilik. GELAPNYA. 'Mcm ni la bila ibu takda' kata aku dlm hati. Balik dr sekolah pulak, kena masak. Rumah pun taklah bersepah sgt kan memandangkan stop sekejap buat kuih. Cuma tinggal basuh kain, lipat kain, masak, jaga rumah. Ayah pun ibu takda ni banyak menjaga, ayah memang betul dah berubah. Dea akan call tiap masa tanya "adik mana?" "kalau apit balik lambat call ayah" "dah makan?" "nak lauk tak?" Malam pulak ayah memang tidur sini cuma ada la petang2 tu singgah sana. Malam ayah tetap tidur sini sebab tinggal kami tiga je kat rumah. Aku pulak kat sekolah, mcm takda mood nk belajar, kekadang mcm tetiba tak sedap hati, jantung aku rasa mcm bila kita dilepaskan dr tempat tinggi. Aku istighfar bebanyak, minta Allah lindungi ibu. Ibu pun takda call or text kami, ayah balik kerja mesti tanya, "ibu ada call atau mesej?" .TAKDA. Kat sana takda line maxis kn? jd tu sebab susah nak contact ibu. Takpalah, kalau ibu call pun nti mesti tak sembang lama, nangis je lebih. Harap takda apa-apa lah kat sana. Sebelum ibu pergi, tak habis2 mintak ibu belikan ole-ole dari Bangkok, jangan lah ibu beli gula2 yg mcm Puan Salina bg kat kelas kami haritu, mula2 boleh tahan rasanya, dah nak habis tu rasa mcm hanyir2 sikit. Tapi bila dah fikirkan mcm mana ibu kat sana takda kisahkan ole-ole dah lagi, cuma harapkan ibu dapat kembali pada kami dengan selamat. Alhamdulillah lusa ibu dah balik. Pukul berapa taktau lah, nak pergi airport jemput tak ke duduk tunggu rumah je?! Haa, mungkin aku patut belikan kek utk ibu. :D Naiss!! :D Mintaklah ibu flight lambat, kelas hari Isnin pulak habis lambat..jd sempatlah nak singgah belikan kek.