Kecewa hati akak bila laptop rosak. Kecewa bila mana assignment yang gigih kita simpan dari sem 1 sampai sekarang ni hilang belaka dah. Laptop rosak tu sebenarya tak menjadi hal sebab biasa lah barang2 elektronik rupa gini mesti akan hang kejap rosak kejap kan. Rasa ralat sangat bila teringatkan assignment lama tu je.
Laptop akak jatuh gedebuk dari katil, takde la tinggi mana pun katilnya. Masa tu, tengah guna laptop tu dok la feeling layan lagu Gazette kuat2 kan. Keluar bilik basuh muka agaknya bila masuk bilik tu akak tengok la cermin nak tengok kulit muka okay dah ke.. jerawat naik ke.. hihi. Bila undur konon nak duduk terlanggar laptop yang berada di hujung katil. Last dea jatuh, akak angkat la tengok masih berfungsi je cuma lagu je terstop.
Akak play balik lagu tu..habis je lagu terus laptop stuck. Seperti biasa dah stuck tekan apa pun tak mahu apa lagi... cabut bateri. Malapetaka lepas dari tu lah. Laptop on seperti biasa cuma ditulis..
"No Bootable Device"
Ho sudohh..Cuak la kan. Banyak kali cabut bateri tetap jadi sama. Mengaddu terus kat housemate akak, si Dayang.. gigih Ayg tolong check kenapa jadi gitu. Siap search google. Akak pun ibarat tak berfungsi waktu tu, lupa pula ade Prof Google kan,
Hasil pencarian kalau jadi "no bootable device" ni adalah petanda2 harddisk nak rosak atau pun rosak terus..
Tengok youtube pun takda la susah nak setting semula bila buat kenapa pula tak jadi. Penyudahnya akak pun fikir kena la hantar kedai BHL kat depan Pintu Timur tu.
Esoknya habis kelas terus akak pergi ke PT. kata technician tu lepas godek-godek katanya Harddisk tak detect. Muka terus cuak..fikir habislah assignment aku. Akak tanya assignment dulu sebelum apa2 yela sekarang musim hantar esaimen..dan softcopy semua dalam laptop tak ada backup.
Rasa nak menangis tau
.
![]() |
| ni la rupa macam mana "no bootable divice" |
hari selasa dapat call dari technician kata akak perlu tukar harddisk laptop.
Maknanya apa? farewell to my assignment
tapi akak minta tunda dulu sebab takut kena tipu. Jadi akak tanya classmate akak yg pro bab2 ni.
Katanya tu murah kira murah dah harddisk..
"pasal laptop wada jatuh masa ie tengah on tu pasal rosok"
tak boleh buat apa dah la salah sendiri jugak kan..
kos RM 267.4o sen (termasuk servis format laptop.)
sayang duit tu sayang tapi sebab nak pakai lama punya pasal.
sebab nak hantar assignment punya pasal.
