Sahabat, andai umur aku ditetapkan Allah sehingga waktu ni sahaja..ingatlah aku menyesal sebab aku dah mengabaikan korang dan aku betul2x sayangkan persahabatan kita semua. Hafizah,Syazreena,Nancy maafkan aku :'( aku akan perbetulkan hubungan kita..
Wednesday, September 19, 2012
gift of a friend..
Pukul 8 lebih, aku tercari2x lagu yang sesuai utk diletak pada blog and finally aku jumpa. Demi Lovato-gift of a friend :') Dengar dan baca liriknya buat aku menitikkan air mata. Indah. Mungkin aku tak cukup matang sebelum ni, walaupun mulut berkata 'okay wada, kau dah cukup matang' tapi malang aku masih tak mampu berfikir matang. Sudah cukup, aku dah penat melarikan diri dari hakikat yang aku pernah bahagia berkawan dengan semua. Aku sedar aku salah sebab cuba lari dari masalah, mulai hari ni aku akan hadapi semua dengan perlahan. Pergaduhan biasa akan membuatkan persahabatan lagi rapat. Alhamdulillah,aku masih ada kawan :') dengar lagu ni buat aku berfikir banyak kali kau beruntung ada kawan wada. hargai selagi kau masih bernafas. Aku tak cukup kuat selama ni, aku takut dan tak tahu cara nak menghadapi masalah. sesungguhnya,aku memang terasa diri ni terabai. sebab apa aku berfikir macam ni? sebab kau sayang kawan kau wada,kau hargai persahabatan tu,thats why kau sedih. 5Dinamik banyak mengajar aku erti persahabatan. Aku rindukan Hafiz,Kina,Abin,Myra,Fawa,Zana,Hawa,Dila,Teha,Liza,Mas,Su,Qila dimana setiap kali masuk kelas muka mereka lah aku sering ketawa,bersembang. Kenapa sekarang baru aku sedar kn? Bila syaitan dah menghasut, tindakan bodoh akan kau buat. Aku dah tersilap langkah. Keluar dari group 5D,tak angkat call,tak reply text,tolak setiap kali perjumpaan,tak bertegur bukan langkah yang bijak. From now on, Demi Lovato merupakan idola aku. Lagu ni betul2x buka mata aku. Sekarang,aku mule cube contact dengan classmates lama. Even Hazira,Aimi,Ain,Nabilah,Syafiq,Nina dan yg lain2x pun aku tak mampu nak putuskn hubungan persahabatan ni kerana Allah tahu aku lemah tanpa kawan. Aku tak confident,berani bila sendirian. that why Allah letak Hazira dan Nina dekat dgn aku di Gading sebab Dia tak mahu aku sendirian. Betapa hebat kuasa Allah. Tiada siapa lebih kenal kau melainkan Allah SWT. Update blog sambil dengar lagu ni kau akan menitiskan air mata. kerana? keadaan bilik sunyi,fikiran kau akan mula ingat masa lalu dan menyebabkan emosi sikit terganggu. Aku akan cuba tebus, bermula dengan Jumaat ni. Semuanya terletak pada Jumaat ni. Insyallah :')