Betul kata orang, don't judge a book by its cover. Luaran yang baik tak menjanjikan dalamnya cantik. Buahan yang nampak masak tak menjanjikan rasa yang manis.Hey saudari, kite tahu awak putih, pakai apa pun lawa, lelaki keliling pinggang tapi itu tidak memberikan awak sedikit pun ruang untuk judge orang. dengar tu? sedikit pun tidak. :) Muka lawa tapi mulut busuk,hati suka berdengki tak guna saudari.. Nak hidup dengan gembira,aman dalam dunia yang sementara ni cubalah jangan berdengki dengan orang okay. Tak perlu lah risaukan kite ni nak kahwin dengan siapa,siapa nak dengan kite,nak anak macam mana...itu terlampau prihatin. Soal jodoh itu semua urusan Allah SWT sayang. Kalau takde jodoh disini,disana InsyAllah. Jadi hentikan keprihatinan awak terhadap kite. Sumpah,kite sakit hati tapi tergelak dalam masa yang sama. Kita berdua tak rapat, tapi kite suka awak sebab dari muka nampak baik,nampak warak..masuk tang mulut..Nauzubillah. Jumpa kat sekolah pun kite salam awak,senyum kat awak tapi ini lah balasan orang berbudi kan? Apa perlu kita jeling-jeling,sepak terajang waktu berjumpa baru itu yang awak suka? Rasanya awak bukan jenis orang yang suka bergurau lasak. Jangan pernah persoalkan jodoh kite,awak tidak ada kuasa utk tentukan semuanya. Urghh, mesti awak ingat lelaki keliling pinggang tu salah satunya bakal jadi suami awak. Ingat, bercintalah setinggi mana kalau tak diizikan Allah tak menjadi lagi-lagi yang suka mempermainkan perasaan mereka. Ingat sayang Allah itu Maha Adil. Berdengki ni apa faedahnya? Bawak mulut ni apa faedahnya? Cerita aib orang sana sini apa pulak faedahnya? Jangan hanya fikir kita je ada maruah, orang yang kita bawa-bawa cerita itu jugak ada maruah. Berfikir sebelum bertindak, yang tua fikir-fikirkan lah..dunia ni sementara..apa yang kita dapat dengan saling bermusuhan? Yang muda renung-renungkan, muda tak semesti mati lambat. Mahu ke kita tinggalkan dunia dengan kenangan buruk orang terhadap kita. Buat baik, at least bila kita mati..dea teringatkan pesanan,layanan baik kita,awak jugak yg tenteram disana. Biar tak lawa asal jangan busuk hati dari lawa tapi suka berdengki. Sekian.
-ISWAH