Monday, July 15, 2013

lambaian kasih Majlis Peperiksaan Malaysia

Assalamualaikum.

Pelajar tingkatan enam berdebar menunggu ketibaan hari ini. 15 Julai hari keluarnya result kami. Aku tak berdebar pada mulanya, bila lagi dua tiga hari baru mula rasa debarr. Dah bermimpi bagai result aku bawah dari C+ terutamanya Bahasa Melayu. Aku doa triple extra utk paper Bahasa Melayu sebab sebaik keluar dewan bulan Mei haritu, aku sebak, nak menangis. Kecewa dengan apa yg aku jawab. Apa yg aku minta supaya AYAH senyum, lega dengan result aku. ibu bangga. cikgu pun suka. Ketiga-tiga ni yg aku selalu minta. Setibanya aku kat sekolah, Syera tanya "wada, dah check result?" aku macam 'dah boleh check ke?' Syera kata boleh terus aku hantar sms ke 15888. Tunggu tak sampai lima minit, text masuk. FROM 15888! berdebar aku tekan OPEN. Terus aku letak phone atas meja.


SYUKUR ALHAMDULILLAH. :) Syera datang dekat tengok phone, terus dea kepit muka aku. Bersyukur tak terkiranya aku. Apa yg aku doa, itu yg aku dapat. Harapan memang tak mau ada C, dan doa aku dimakbulkan Allah. Terus aku fikirkan ayah. patutkah aku text dea? na'ah..aku tunggu balik nanti. Suasana kelas kecoh awal pagi. Nak belajar pun takda mood. Mak Mahh dgn Puan Sarinah masuk nak ambil gred, kami pelajar 6A2 sambut kedatangan Puan Salina dgn tepukan gemuruh. Sebab apa? Ramai dapat A solid utk subjek Geo. Puan Salina pun terkejut sebab kami lulus secara mengejut. "Cikgu pun tak sangka" katanya. Besok tunggu kedatangan Puan Rahayu pula. Apa yg nak dikomen tntg gred Bahasa Melayu kami, seriously..aku cuba buat yg terbaik utk subjek dea biar tak sedih macam sem 1 duluu. Harapan tinggi menggunung aku utk subjek Pengajian Am sebab aku nak kekalkan A solid, tapi nampaknya menyinggah ke Geografi pula. Sedih je aku pandang Mak Mahh tadi. "takpa wahida, kamu lulus dah cukup bagus lah ni." pujuk Mak Mahh sambil usap bahu aku. Aku akan buat yg terbaik utk sem 3 ni!


print screen dr laman web MPM sendiri.


ps : 'lambaian kasih' sebab takda yg gagal, cuba kalau ada yg gagal. dah sah sah title tu ubah jadi 'lambaian maut MPM' lol. Aku terlampau fokus doa utk result aku sorang sampai lupa doakan utk dea sekali. 

  "sebesar mana usaha. sebesar itulah hasilnya. Sebanyak mana doa dikirim. sebanyak itulah rezekinya" - Mia