Assalamualaikum
Selalu tertanya ke mana hala tuju aku selepas habis tingkatan enam ni, bila tanya classmates lain mereka semua dah pilih nak sambung belajar mana lah, kerja lah. Sedih bila dengar mereka beritau cita-cita memasing. Sedangkan aku masih tertanya-tanya course apa yg aku patut pilih lepas tamat ni. Kalau boleh aku nak course yg boleh bagi aku pekerjaan, gaji yg molek bio anak-anak aku hidup senang. Alhamdulillah, selepas berdoa minta petunjuk, aku macam berminat dgn dua course ni. Ekonomi. and Psikologi. Mulanya aku cuma fikirkan gaji tinggi, jadi aku ingat nak pilih Ekonomi. Baru tersedar sepanjang belajar nak masuk empat tahun ni, guru matapelajaran ekonomi aku boleh dikatakan aku dapat guru yang terbaik. Markah ekonomi aku pun not bad,jadi mungkinkah? Lepas rujuk dgn Akak Ikin raya ni, ekonomi memang tough.. ya aku tahu,sebab kitaa kat degree..so ekonomi mungkin payahh gilaa! Bila fikir balik kalau aku fikir gaji je kalau tak minat tak jalan jgk kan? Jadi aku fikir nak ambil psikologi. Abang Faheem dulu pun kelas 6A2 macam aku boleh je mohon course Psikologi, ilham nak ambil course Psikologi mungkin dr Abg Faheem. Thanks bro, haha. Ckin Kpop kataa psikologi ada banyak bidang, jadi mungkin aku dapat jd kaunselor kat sekolah-sekolah,etc.. Jadi mungkin hajat ayah nak aku jadi cikgu kesampaian. Semalam angah tanya kat aku semasa tengah beraya "wadah lepas habis stp ni nak sambung mana?" aku memang dah nekad nak ambil psiko so aku jawab "kite ingat nak ambil psikologi, ngah.." terus angah senyum kata "best.best" then dea terangkan macam2 bout psikologi. U mana ada tawarkan course tu. Yg penting dari sem 1 dah kena pulun habis.."wada target la masuk UIA" aku dah macam O.o "bukan senang UIA ngah.." cuba je wada,buat bebetul belajar ni.. katanya. Masuk UIA, degree kena tambah setahun. setahun tu bahasa arab dulu, *well UIA kan? Mampukah aku. Aku takmau mohon uitm disebabkan dah ramai sgt schoolmates lama kat sana. Aku taknak jumpa mereka..kalau boleh biar muka baru. Angah kata kt UKM ada, UPM tempat kak fifi pun ada. well, mungkin situ aku mohon. InshaaAllah kalau diizinkan, kalau pointer aku bagus. Kekal pointer 3 keatas wada!! Aku harap ayah reda dgn pilihan aku ni, ayah asyik minta aku masuk UPSI, jadi cikgu. Anis pulak kata bukan senang nak jadi cikgu, lepasan UPSI pun bukan semua keluar dah dapat kerja. Jadi cikgu. Ayah jgk yg suruh aku minta pendapat Angah jadi aku dah betul-betul nekad nak pilih course Psikologi lepas habis ni. InshaaAllah, minta-minta course yg aku pilih ni peroleh persetujuan dr ibu ayah. Kalau ayah kata okay mesti ibu pun kata okay. Ya Allah, lembutkan lah hati ayah agar ayah dapat terima keputusanku ini. Saudara kat Johor ramai yg dah berjaya.. nak sambung PhD lah, tengah master lah, membakar semangat aku nak jd mcm mereka, InshaaAllah aku jgk boleh.