Saturday, September 7, 2013

PUDAR

 YA ALLAH..

Semangat aku untuk terus belajar makin pudar. Impian utk teruskan pengajian ke universiti jgk makin pudar. Nak revision sekarang pun dah malas daa. Salah PBS kah? Allahu... Mungkin tiada dorongan? Ibu ayah terlalu berharap utk aku jadi cikgu. Semester 3 ni tak terasa debaran final disebabkan terlalu sibuk dgn PBS. Sem ni saje, kami 6A2 ada 3 PBS, yg paling menyesakkan kepala, Bahasa Melayu. Buat tu tak kena ini tak kena. Cukuplah dimalukan di depan classmates. Semangat nak belajar Bahasa Melayu 100% pudar. Mungkin hati ni masih terasa. Mampukah aku jejakkan kaki ke universiti yg aku mahu? Mampukah aku jd teladan yg baik buat adik adik aku? Jadi si sulung yg mampu buat ibu ayah bangga? Kemana perginya semangat aku utk belajar dgn baik, sehabis mungkin seperti yg aku TEKAD sewaktu di Johor haritu? Lusa dah trial, selasa dua minggu depan sudah perbentangan PBS Ekonomi, dan muka inilah calon pertama perbentangan di khalayak 6A2. Nama dicabut dua kali pun tak berguna, masih tetap nama aku yg dicabut. Pasrah. Revision! aku tak tahu sem ni kenapa susah sangat nak faham apa yg diajar. Konsep susah berbanding di sem 2 dulu..sem 2 merupakan favourite sem aku disebabkan konsep mudah, dan aku berpuas hati sebab aku dah balun perabeh utk revision. Tapi, kenapa sem 3 ni tak seperti sem lepas?? Psikologi masih menjadi pilihan utama aku. UKM dan UPM adalah targetku. Ya Allah, permudahkanlah urusanku dan perkenankanlah doaku. Hati terasa sakit, nak menangis bila pandang buku sem 3 ni, nak dibaca, direvision tapi..mungkin aku terlalu stress fikirkan hala tuju aku. Kata ibu, tu benak hati. Hmmm.